Dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), maka saya mencipta blog ini khas untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya untuk sekolah rendah.
Rabu, 23 November 2011
RIMPU CILI: Puisi Refleksi Seorang Guru
RIMPU CILI: Puisi Refleksi Seorang Guru: Gerimis pagi menikam di cela hari hari Tapi kami harus menuju padang bakti Karena di sana nanar berjuta pengharapan telah menanti Karena ...
APA YANG KITA PERLU TAHU
Bahasa Dialek/ Daerah
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga dialek (dialék) bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat daerah, negeri dan lain-lain lagi. Pemilihan kepada penggunaan bahasa daerah boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Contohnya di sekolah, guru-guru mengambil jalan mudah dan cenderung menggunakan bahasa dialek atau daerah sebagai bahasa penghantar dengan alasan murid lebih mudah memahami sesuatu yang disampaikan oleh guru dan suasana pengajaran akan bersifat menghiburkan serta mudah menimbulkan situasi kemesraan antara guru dan murid. Namun, tanpa disedari sikap ambil mudah ini akan melahirkan para pelajar yang lemah dalam penguasaan bahasa. Para pelajar itulah juga yang kemudian akan menjadi manusia yang akan memegang jawatan yang penting dan berpengaruh seperti pentadbir, penulis editor, pemimpin politik dan sebagainya.
Dalam konteks masyarakat pula, pemilihan penggunaan bahasa dialek atau daerah ini waima dalam situasi-situasi rasmi adalah untuk memudahkan komunikasi dan juga mewujudkan kemesraan sesama mereka. Seharusnya sikap ini dielakkan agar kekeliruan penggunaan bahasa Melayu dapat dibendung dan usaha pembakuan itu dapat mencapai satu tahap yang membanggakan.

Ahad, 16 Oktober 2011
Jumaat, 14 Oktober 2011
Isnin, 10 Oktober 2011
Contoh Kajian Tindakan...baru je 5 % siap....
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 CERDIK
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA
Oleh
Maszulraini Bin Wahid
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Jumaat, 7 Oktober 2011
PEMULIHAN
KONSEP PEMULIHAN
Program pemulihan merupakan langkah – langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira ).
Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah – langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.
Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Program pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khususn oleh guru pemulihan.
Program pemulihan juga merupakan satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan menjalinkan kontrak mesra dengan persekitarannya. Selain itu, program pemulihan juga merupakan satu program yang lebih sesuai untuk murid – murid yang lemah dalam pencapaian akademik mereka.
“pendidikan pemulihan ialah satu aktiviti pengajran dan pembelajaran utnuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas”
**** Mok Soon Sang****
“program pemulihan merupakan suatu aktivti pengajran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya dapat menguasai sesuatu kemahiran”
****Ee Ah Meng****
“pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid – murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu – satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”
****Panduan Am KBSR-1982****
![]() |
Langgan:
Catatan (Atom)