Dalam usaha memartabatkan bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), maka saya mencipta blog ini khas untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu khususnya untuk sekolah rendah.
Jumaat, 7 Oktober 2011
PEMULIHAN
KONSEP PEMULIHAN
Program pemulihan merupakan langkah – langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira ).
Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah – langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.
Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Program pendidikan pemulihan adalah satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam darjah untuk pengajaran khususn oleh guru pemulihan.
Program pemulihan juga merupakan satu pembelajaran kesedaran bertujuan untuk membolehkan menjalinkan kontrak mesra dengan persekitarannya. Selain itu, program pemulihan juga merupakan satu program yang lebih sesuai untuk murid – murid yang lemah dalam pencapaian akademik mereka.
“pendidikan pemulihan ialah satu aktiviti pengajran dan pembelajaran utnuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas”
**** Mok Soon Sang****
“program pemulihan merupakan suatu aktivti pengajran dan pembelajaran yang disediakan untuk menolong murid – murid yang menghadapi masalah pembelajaran supaya dapat menguasai sesuatu kemahiran”
****Ee Ah Meng****
“pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid – murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu – satu kemahiran membaca, menulis dan mengira”
****Panduan Am KBSR-1982****
![]() |
Jumaat, 30 September 2011
Sifat - sifat Hipokrit
“Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yangbmempunyai salah satu dari sifat-sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia nak menang.”
Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn. ‘Amr.
Riwayat oleh al’Syaikhan dari Ibn. ‘Amr.
Huraian :
Sifat munafik ialah sifat-sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura-pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura-pura baik dan jujur. Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh percaya cakap dia, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia nak menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia,dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah gadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah-ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.
Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrik itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.
Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :
1. Khianat amanah iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya.
2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan-akan dusta samada dengnan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keteranngan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen-kempen atau promosi-promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata-kata dan bicara termasuk membesarkan yang keil dan memperkecilkan yang besar.
3. Mencabul janji-janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama.
4. Ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujjahnya.
Semua sifat-sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.
REnungan...
Berfikirlah sebelum berkata kata, jangan berfikir sesudah berkata kata sebab sebelum perkataan keluar kita punya, apabila sudah keluar orang punya. Dari kata kata kita dapat mendapat banyak kawan kawan dan lawan
Tugasan 1C KRT3013
Secara individu pelajar dikehendaki membina blog p/p bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan m/p KPM. Pelajar wajib menggunakan platform blogger. Pelajar dibenarkan memilih sendiri m/p dikuasai mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)
