Isnin, 10 Oktober 2011

Contoh Kajian Tindakan...baru je 5 % siap....

MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN HURUF BESAR BAGI MURID TAHUN 2 CERDIK
MENGGUNAKAN TEKNIK WARNA

Oleh
Maszulraini Bin Wahid

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Pandai. Seramai 44 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan kepada penggunaan huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap kepentingan penggunaan huruf besar. Oleh itu, saya telah menggunakan teknik warna untuk mensifarkan kesalahan murid dalam penggunaan huruf besar. Saya telah menjalankan langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid untuk menulis huruf besar pada permulaan ayat dan selepas tanda noktah semakin memuaskan berbanding sebelumnya. Murid tersebut juga menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.







1 ulasan: