RPH DAN REFLEKSI 2

BAHASA MELAYU TAHUN 6 RPH2 ***

 
REFLEKSI
Kekuatan
Sebelum memulakan p&p saya akan pastikan untuk bertanya khabar dahulu kepada murid saya selain mengambil kira tentang kehadiran murid saya pada hari tersebut. Proses ini dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru agar murid tidak merasa janggal dan takut dengan guru apabila setiap kali aktiviti p&p dijalankan.
Didapati semasa sesi soaljawab, murid-murid saya berebut untuk menjawab soalan yang saya ajukan.  Ini kerana teknik penyoalan saya tidak dalam bentuk yang serius sebaliknya lebih kepada ‘fun learning’. Murid pun merasa seronok untuk belajar.

Arahan yang diaplikasikan oleh saya pada murid saya adalah cukup jelas. Saya menggunakan aras bahasa yang mudah difahami dengan tahap murid saya selain menggunakan ton suara yang agak tegas jika melibatkan disiplin murid saya. Komunikasi yang sentiasa pelbagai menimbulkan corak arahan yang mudah murid saya terima dengan baik mampu melaksanakan aktiviti dengan mudah.


Kelemahan

            Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat memahami dengan lebih jelas. Ketika murid menulis, sepatutnya guru meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.

Sepatutnya boleh meminta murid menulis ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang ditulis tadi. Guru juga tidak membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman. Jika mengikut perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam. Oleh itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab secara lisan bukan dengan menulis.



Cara Mengatasi
Saya perlu melapangkan bilik tersebut terlebih dahulu dan perlu prihatin ruang untuk pergerakan saya haruslah bebas daripada sebarang halangan. Ini memudahkan pergerakan saya setiap sudut. Barulah saya mampu mengawal disipilin pelajar saya. Selain, saya dapat kenal pasti pelajar yang lemah.
           

Tiada ulasan:

Catat Ulasan