Refleksi
60% murid dapat membaca petikan yang diberi
dengan lancar. Ini kerana petikan teks
menggunakan ayat yang mudah untuk dibaca oleh murid. Murid
telah mengetahui maksud sebenar berdasarkan petikan teks yang diberi bertajuk ‘
Bunga Raya’ setelah menjawab soalan kefahaman yang diberikan. Murid telah menambah pengetahuan tentang
bunga kebangsaan ini setelah melalui proses P&P ini. Selain itu, murid lebih menghargai alam
sekitar dan mengaplikasikan penggunaan bunga raya sebagai bahan pengganti dalam
kehidupan.
Kebaikan
Sepanjang proses pembelajaran dan
pengajaran (P&P), penggunaan ICT menarik minat murid. Murid lebih seronok melihat slaid yang dipaparkan
pada skrin layar berbanding melihat gambar pada buku teks. Gambar bunga raya yang jarang di lihat dapat
dikongsi dalam slaid yang telah ditunjukkan.
Selain itu, murid dapat berkomunikasi
dengan rakan dan guru setelah melihat gambar bunga raya dengan berkongi
pengalaman.
Penggunaan bahan maujud iaitu,
bunga raya dapat memperjelaskan P&P apabila guru menunjukkan bunga raya
yang sebenar ketika menjalankan P&P.
Murid lebih faham apabila guru menjelaskan fungsi kegunaan yang ada pada
bunga raya.
Keburukan
Disebabkan
P&P ini melibatkan penggunaan ICT, murid di kelas dua dipindahkan sementara
ke pusat sumber sekolah. Ini kerana skrin layar dan LCD telah ditempatkan di
pusat sumber sekolah. Sebelum ini, pihak
sekolah telah dibekalkan dengan LCD
mudah alih tetapi ia tidak boleh digunakan.
Keadaan ini menyulitkan guru dalam menjalankan P&P. Guru perlu memastikan pusat sumber sekolah
tidak diguna oleh murid kelas lain. Ini
telah membazirkan masa murid dan guru
kerana murid mengambil masa untuk bergerak menuju ke pusat sumber sekolah. Proses pengendalian LCD turut mengambil masa
dan ini menyebabkan guru tidak dapat menghabiskan P&P dengan peruntukkan
masa yang ditetapkan.
Cadangan
Dalam
menjalankan P&P, penglibatan luar kelas boleh diaplikasikan supaya murid
faham tentang P&P yang dijalankan. Ini kerana tajuk yang meliputi tentang alam
sekitar seperti Bunga Kebangsaan iaitu Bunga Raya boleh memupuk dan menanam
sikap cintakan alam sekitar. Selain
itu, LCD mudah alih diperlukan
terutamanya P&P yang melibatkan penggunaan ICT. Murid lebih tertarik dengan visual yang
disertakan gambar dan bunyi. Murid cepat
faham dan mengingat berbanding penggunaan gambar teks yang diberikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan