REFLEKSI
Kekuatan:
Guru berjaya mewujudkan kesediaan
belajar murid dengan merancang dan melaksanakan set induksi dengan aktiiviti
permainan bahasa.Sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat kekuatan yang telah dikesan. Antara kelebihan
tersebut ialah suara guru yang kuat dapat didengari dengan jelas oleh semua
murid. Selain daripada itu, guru peka dengan murid yang tidak mengambil
perhatian iaitu dengan meminta murid tersebut untuk membuat rumusan.
Dalam pada itu, guru juga peka dengan
kesilapan murid iaitu terus menegur dan membetulkan murid yang telah
menggunakan bahasa Inggeris ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Selain itu, guru juga dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif dengan murid dapat belajar secara bersahaja
tetapi masih lagi disipin murid terkawal serta murid dapat belajar dengan
tenang. Murid juga dapat memberi respon ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
Kelemahan
Kelemahan
pertama yang telah dikesan ialah pada peringkat perancangan iaitu sepatutnya
guru jika objektif guru adalah membaca kuat dengan kelancaran sebutan, intonasi
dan gaya pembacaan yang sesuai, guru hendaklah membanyakkan masa pada langkah
ini. Begitu juga dengan objektif murid dapat menjawab soalan pemahaman secara
lisan dan memahaminya. Ini bermakna, hasil pembelajaran kurang eksplisit, atau
lebih tepat kurang sesuai dengan tahap kebolehan murid.
Setelah
selesai sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, terdapat banyak kelemahan
yang telah dikesan. Antaranya ialah guru sepatutnya menerangkan dengan lebih
lanjut tajuk pelajaran atau makna disebalik tajuk tersebut agar murid dapat
memahami dengan lebih jelas.Ketika murid menulis, sepatutnya guru
meminta murid menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul iaitu tidak
menggunakan keseluruhan perkataan dengan huruf besar.
Sepatutnya boleh meminta murid menulis
ayat dengan menggunakan tempat-tempat yang ditulis tadi. Guru juga tidak
membuat aktiviti menulis jawapan daripada soalan pemahaman. Jika mengikut
perancangan, murid perlu menulis jawapan daripada soalan di papan hitam. Oleh
itu, objektif bagi aktiviti ini tidak tercapai kerana murid hanya menjawab
secara lisan bukan dengan menulis.
Ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dijalankan, terdapat seorang murid dari kelas lain yang datang ke
kelas ini kerana mempunyai urusan dengan salah seorang dengan murid di kelas
ini. Namun, sepatutnya guru hendaklah menyelesaikan setiap perkara yang berlaku
disekeliling walaupun ketika sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut sedang
rancak dijalankan.
Guru boleh meminta murid untuk menulis
kata abjektif di dalam buku atau di papan hitam agar murid dapat memahami
dengan dengan jelas tatabahasa yang telah diajar.Arahan daripada guru adalah
tempat-tempat yang menarik di Malaysia, namun pada aktiviti tersebut, terdapat
juga murid yang telah menulis luar daripada Malaysia iaitu Singapura. Guru
perlu terus menegur supaya arahan atau kehendak diikuti dan tidak terkeluar
daripada tajuk dan arahan sebenar. Namun begitu, guru tidak menanggalkan hasil
murid (kertas manila) menyebabkan guru tiada ruang untuk menulis di papan
hitam.
Langkah
mengatasi
Dalam perancangan lagi, sepatutnya
guru lebih menekankan aktiviti yang menguji kemahiran murid. Seharusnya guru
menggunakan lebih banyak BBM dan aktiviti yang bersesuaian agar tahap murid
diuji.
Guru sepatutnya meminta murid untuk
membina ayat menggunakan perkataan tempat-tempat yang menarik dalam kumpulan
daripada hanya meminta murid menyenaraikan tempat-tempat yang menarik kerana
aktiviti ini adalah aras rendah tidak sesuai dengan tahap murid tersebut.Selain daripada itu, guru boleh juga
meminta murid untuk menulis di papan hitam ayat yang mengandungi kata adjektif
agar menerangan tentang kata adjeltif tersebut lebih jelas.
Guru juga hendaklah menyediakan “plan
A” dan “plan B” bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Guru
hendaklah menggunakan strategi dan aktiviti yang tepat dan mengambil kira semua
aspek pengajaran dan pembelajaran termasuk unsur-unsur ICT dan KMD. Pemilihan sumber-sumber yang baik dapat
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Guru seharusnya sentiasa menggunakan
kemahiran berfikir dengan jelas dan tepat. Di samping merancang dan
melaksanakan dengan lebih jelas. Boleh juga, guru menggunakan alat rangsangan
yang dapat mencabar keupayaan minda murid.Guru boleh melakukan aktiviti menyoal
dan menjawab soalan pemahaman secara berpasangan agar semua murid mendapat
kemahiran tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan