RPH DAN REFLEKSI 4

BAHASA MELAYU TAHUN 5 BM THN 5 ***
 
KEKUATAN
Secara keseluruhannya, objektif yang dirancangkan dapat dicapai. Saya dapati kekuatan semasa saya melaksanakan aktiviti pengajara makro ini iaitu semasa set induksi. Penggunaan kotak misteri amat menarik minat murid untuk mengetahui objek yang terkandung di dalam kotak misteri. Saya juga amat berpuas ati terhadap penglibatan murid semasa saya meminta  sukarela bagi meneka objek yang terkandung dalam kotak misteri. Ramai yang ingin tampil untuk meneka. Pantun yang saya reka sebagai pembayang kepada obejek di dalam kotak misteri juga secara tidak langsung memberi keseronokkan kepada murid di mana mereka mula membayangkan objek berkenaan berdasarkan pantun.

KELEMAHAN
Selepas pelaksanaan proses pengajaran dan pegajaran bahasa Melayu Tahun 5, saya dapati murid-murid kurang bekerjasama sewaktu menjalankan aktiviti berkumpulan. Apa yang saya dapati terdapat sebilangan murid yang tidak memberikan kerjasama semasa menjalankan aktiviti kumpulan. Ada yang tidak mahu mengambil bahagian dan terdapat juga antara mereka yang ingin menguasai kumpulan  (Kumpulan Pelbagai Kebolehan). Ada juga yang berebut-rebut melakukan tugasan kumpulan.

CARA MENGATASI
berusaha untuk memperbaiki kelemahan saya. Antaranya, saya perlu memberi penerapan nilai kerjasama kepada murid supaya mereka dapat mengetahui betapa pentingnya kerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Saya juga perlu  menguasai aktiviti murid dalam kumpulan supaya saya mampu memberikan penjelasan sekiranya murid menghadapi apa sahaja ermasalahan. Walau bagaimanapun, arahan saya  yang jelas kepada murid tentang apa yang dikehendaki mereka lakukan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kekeliruan muridsemasa melakukan aktiviti kumpulan . Penambahbaikan ini perlu setiap kali diadakan aktiviti kumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Setiap kali melaksanakan aktiviti berkumpulan yang saya rancang dan saya jalankan, saya akan cuba mempraktikkan cadangan-cadangan yang diberi oleh rakan-rakan bagi memastikan keberkesanan dan memastikan objektif tercapai. Sekiranya berjaya, sedikit sebanyak masalah ini dapat berkurangan da diharapkan dapat diatasi sepenuhnya pada masa hadapan. Saya juga harus memperbanyak aktiviti  berkumpulan bagi memupuk semangat bekerjasama di kalangan murid. Ini  juga penting bagi memastikan penglibatakan semua murid terutamanaya jika membentuk kumpulan pelbagai tahap kecerdasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan